Search

[Wahai Ustaz-Ustaz & Penuntut Ilmu]

Say...

  • Share this:

[Wahai Ustaz-Ustaz & Penuntut Ilmu]

Saya secara peribadi berpendapat kita semua sebagai penuntut ilmu untuk berhenti dari mengapi-apikan Ustaz-Ustaz kita untuk berbalah lagi... Andai mereka ingin berbalah, biarlah mereka sahaja dan kita sebagai penuntut ilmu sebaiknya adalah doakan dan damaikan mereka.

Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman pernah berkata;
...

'Apabila ulamak berbeza/bertelingkah, penuntut ilmu usah masuk campur. Khilaf ulamak umpana gunting dan apabila kita menghulurkan kepala maka yang tergunting adalah kita kerana kedua-dua bahagian gunting adalah tajam'

Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah, marilah kita bermuhasabah dan janganlah kita memburukkan lagi keadaan. Kalau kita mampu nasihat, nasihatilah mereka dengan cara kita yang berhemah dan bukan sindir menyindir... Mesej mereka di inbox ataupun no tel mereka. Kepada Ustaz dan ilmuan yang dikasihi dan dihormati, kami penuntut ilmu harap mendoakan agar anda berdamai dan selesaikan dengan cara terbaik... Ketepikan ego diri masing-masing... Anda ilmuan hadis dan banyak hadis yang kami pelajari dari anda dan antaranya ialah;

“Orang muslim yang baik adalah yang muslim lainnya aman dari ganguan ucapannya dan tangannya, dan orang yang Hijrah (tergolong kelompok Muhajirin) adalah yang meninggalkan apa apa yang dilarang Allah"
[Sahih al-Bukhari]

Harap hadis yang kami pelajari dari Ustaz akan juga diamalkan oleh Ustaz yang betelagah ini... Wallahualam...

{[:-)=


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts